Saturday, November 22, 2008

D.O.A..........macam mana tu???


Salam.....
Dikala aku tengah membelek2 page2 di internet, tiba2 aku terpaut pada satu artikel yg bagiku sudah biasa di baca dan dikabarkan dalam majlis2 ilmu....
tapi hari ni perasaanku lain sikit berbanding di kala hari yg lain bila membacanya.....mesti sahabat2 rasa mcm dah khatam ayat2 kat bawah ni n dah praktikkan setiap apa yg ditulis dibawah ni....tetapi pernah tak sahabat2 terfikir (peringatan untuk diri sebenarnya) yg kita dah melaksanakan perkara2 ni dengan bersungguh2 setiap kali berdoa dan yakin dgn setiap doa yg kita lafazkan dan apa yg dipohon...adakah kita hanya berdoa di kala kesulitan or hanya berdoa bila kita memerlukan sesuatu dariNya....ataupun kita hanya sekadar berdoa untuk memenuhi syarat, berdoa selepas solat dan berdoa hanya seperti melepaskan batuk di tangga........hmmm sahabt2, walaupun entry kali ni simple but saya nak remind diri sendiri n sahabat2 bahawa " Doa kepada Allah dgn penuh kekusyukan dan rendah diri adalah senjata paling TERHEBAT bagi umat Islam".....jadi mengapa tidaknya kita berusaha bersungguh2 dalam menjadikan Doa kita antara Doa yg termakbul.....
~.~.~.~


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

-HAJERA-

1 comment:

NHAP said...

salam..bagus entry ni...

wah, terasa perlu memperbaiki diri..

Senjata terhebat kita adalah doa..mengapa umat Islam tidak mahu memanfaatkannya...

terima kasih Tuhan...