
hari ni aku terkejut dan terlopong bilamana aku menjenguk ke satu group islamik yg ku sangka akan memberi buah fikiran buat sekelian masyarakat....tapi ternyata sangkaanku meleset...tidak kusangka perkara2 yg dibincangkan banyak yg mengelirukan dan agak kasar jika kukatakan boleh menyesatkan ummat... sebenarnya tidaklah semua perkara yg dibincangkan mengelirukan tetapi jika aku berada di dalam golongan yg tidak "paham" ternyata aku sendiri yg akan terjerumus dan mengsahihkan kata2 "mereka" tanpa berfikir kerana semua nya menggunakan logik akal yg tak bertempat....... aku cuba menguji sahabat2 ni dgn mengpostkan satu issue berkaitan USRAH.....aku cuma ingin tahu apakah yg mereka paham pasal USRAH....tetapi reply yg pertama yg aku dapat mengejutkan diriku......skrg aku berada di kondisi yg selesa untuk berusrah tapi tidak kusangka di luar sana rupa-rupanya ramai yg KECEWA krn content usrah dan naqib/naqibahnya.....aku cuba memahamkan mereka tetapi ilmuku tak cukup untuk menyangkal hujah2 mereka....Alhamdulillah Allah sentiasa berada disisiku membantu di kala senang dan susah.....disaat itulah satu email di postkan kepadaku untuk membantu menyisirkan kekusutan di benakku......jadi di sini aku ingin berkongsi ilmu ini dgn sahabat2 sekalian......
~.~.~.~.~
“Entahlah…”, ujarnya dengan nada yang hampa, “Ini bukanlah usrah yang pertama aku hadiri, tapi sama sahaja rasanya, hanya sekadar memberi tahu, tidak pula menimbulkan mahu.”
Itu mungkin salah satu skrip dalam drama bersiri “Inilah Usrahku”, hampir setiap minggu ditayangkan…skrip mungkin sahaja tidak berubah…serupa saja…
Pasti sahaja watak-watak dalam drama ini berasa hampa…mungkin juga kecewa…apabila setiap kali “Inilah Usrahku” habis ditayangkan…keluhan itu pasti sahaja kedengaran, “Entahlah….”
Pasti sahaja hampa dan kecewa…watak naqib lakonannya hambar…kostumnya tidak kemas…apatah lagi selalu sahaja lupa skrip…penampilannya nampak kekok sekali…
Mad’u-mad’u pulang dari menonton “Inilah Usrahku”…mengeluh lagi, “Ana bukan apa akhi…naqib ana ni tak basah lah, kering…orang kata, menyuap maklumat bukan memahamkan…”, …balas rakan si ana, “ana ingatkan ana sorang saja yang rasa macam tu, rasa macam usrah ni tak mengubah apapun…tapi entahlah akhi…”
Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…
Lafaz-lafaz Mentera
Begitulah penantian mereka…menanti kata-kata keramat dari lidah si naqib…kata-kata yang dapat menggegarkan hati…mencairkan keras jiwa…umpama lafaz-lafaz mentera penuh keajaiban…yang dapat mengubah 1001 perkara…yang jelek diperindah…yang derita digembirakan…
Setiapkali usrah, datanglah ia bersama harapan dan tanggapan ini…moga-moga diberikan petunjuk, timbullah rasa keinsafan dan kesedaran…si naqib nanti akan mengetuk hatinya dengan peringatan dan amaran Tuhan…kerana ia ingin berubah…kerana ia inginkan keajaiban kata-kata…
Pasti juga, setiapkali usrah, ia pulang hampa tidak beroleh apa yang dicita…apabila keajaiban tidak terjelma dengan kata-kata…si naqib sekali lagi penat melafazkan kalimah keramat, mentera-mentera ajaib…tetapi nampaknya tidak berkesan lagi…
Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…
Kembalilah mereka kepada kehidupan asal…kerana kata mereka, “usrah ni tak mengubah apa pun…”… Kembalilah mereka kepada rutin kebiasaan mereka di hadapan kaca TV atau di hadapan skrin computer…hampa dan kecewa…mungkin sahaja satu hari nanti, mereka sudah bosan dengan drama bersiri “Inilah Usrahku”…putus asa dan hilang percaya kepada si naqib kerana tidak mampu melafazkan mentera keramat yang mujarab kepada segala permasalahan…
Begitulah episod “Inilah Usrahku” kali ini…pasti sahaja skripnya berulang…kerana ini adalah drama bersiri…
Keajaiban yang akan Mengubah Kebiasaan
Penganut teori “Perubahan Ajaib” atau “Reformasi Mentera Keramat” pasti menanti sesuatu yang luar biasa untuk mengubah kebiasaan mereka…
Umpama keajaiban kalimah Tuhan dari langit yang diturunkan dengan penuh keajaiban kepada manusia biasa…lantas membawa arus perubahan kepada seluruh manusia…itulah keajaiban sangkaan mereka…
Kita telah mengimani kehebatan Al-Quran semenjak kita melafazkan ikrar kita kepada Tuhan…Dia lah selayaknya disembah…Dia lah sebaik-baik sembahan…
Kita juga telah mengimani kebenaran Rasulullah semenjak kita mengikat janji setia kepada kepimpinannya…
Setinggi-tinggi keimanan kita kepada kehebatan Al-Quran dan Rasulullah membuatkan kita kadangkala bertanya…Kenapa kitab sehebat ini tidak pula dapat mengubah manusia?…Adakah kata-kata rabbani tidak cukup ajaib?
Tengok sahaja di kalangan para sahabat…hanya segelintir sahaja yang benar-benar berubah kerana terpesona dengan keindahan dan kehebatan Al-Quran sepertimana yang berlaku kepada Saidina Umar…selebihnya, majoriti memeluk Islam banyak dipengaruhi faktor keperibadian Rasulullah atau juga kehebatan kuasa Islam apabila mula memenangi peperangan demi peperangan…
Adakah kita masih menanti keajaiban kata-kata?
bersambung…
di petik dari iamismail.wordpress.com
0 comments:
Post a Comment