
Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima? Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:
- Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang soleh.
- Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
- Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
- Percaya kepada jaminan Allah
dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah 
Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah
kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci”.
Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:
- Mereka cinta kepadanya kerana Allah
telah cinta kepadanya. - Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya.
- Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu.
- Mereka selalu membantu dan mendekatinya.
Manakala Allah
akan memuliakannya dengan 4 perkara:
- Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa.
- Dia dicintai oleh Allah
. - Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
- Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini.
0 comments:
Post a Comment