Saturday, November 22, 2008

D.O.A..........macam mana tu???


Salam.....
Dikala aku tengah membelek2 page2 di internet, tiba2 aku terpaut pada satu artikel yg bagiku sudah biasa di baca dan dikabarkan dalam majlis2 ilmu....
tapi hari ni perasaanku lain sikit berbanding di kala hari yg lain bila membacanya.....mesti sahabat2 rasa mcm dah khatam ayat2 kat bawah ni n dah praktikkan setiap apa yg ditulis dibawah ni....tetapi pernah tak sahabat2 terfikir (peringatan untuk diri sebenarnya) yg kita dah melaksanakan perkara2 ni dengan bersungguh2 setiap kali berdoa dan yakin dgn setiap doa yg kita lafazkan dan apa yg dipohon...adakah kita hanya berdoa di kala kesulitan or hanya berdoa bila kita memerlukan sesuatu dariNya....ataupun kita hanya sekadar berdoa untuk memenuhi syarat, berdoa selepas solat dan berdoa hanya seperti melepaskan batuk di tangga........hmmm sahabt2, walaupun entry kali ni simple but saya nak remind diri sendiri n sahabat2 bahawa " Doa kepada Allah dgn penuh kekusyukan dan rendah diri adalah senjata paling TERHEBAT bagi umat Islam".....jadi mengapa tidaknya kita berusaha bersungguh2 dalam menjadikan Doa kita antara Doa yg termakbul.....
~.~.~.~


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

-HAJERA-

Thursday, November 13, 2008

U.S.R.A.H.K.U....


Salam.....
hari ni aku terkejut dan terlopong bilamana aku menjenguk ke satu group islamik yg ku sangka akan memberi buah fikiran buat sekelian masyarakat....tapi ternyata sangkaanku meleset...tidak kusangka perkara2 yg dibincangkan banyak yg mengelirukan dan agak kasar jika kukatakan boleh menyesatkan ummat... sebenarnya tidaklah semua perkara yg dibincangkan mengelirukan tetapi jika aku berada di dalam golongan yg tidak "paham" ternyata aku sendiri yg akan terjerumus dan mengsahihkan kata2 "mereka" tanpa berfikir kerana semua nya menggunakan logik akal yg tak bertempat.......
aku cuba menguji sahabat2 ni dgn mengpostkan satu issue berkaitan USRAH.....aku cuma ingin tahu apakah yg mereka paham pasal USRAH....tetapi reply yg pertama yg aku dapat mengejutkan diriku......skrg aku berada di kondisi yg selesa untuk berusrah tapi tidak kusangka di luar sana rupa-rupanya ramai yg KECEWA krn content usrah dan naqib/naqibahnya.....aku cuba memahamkan mereka tetapi ilmuku tak cukup untuk menyangkal hujah2 mereka....Alhamdulillah Allah sentiasa berada disisiku membantu di kala senang dan susah.....disaat itulah satu email di postkan kepadaku untuk membantu menyisirkan kekusutan di benakku......jadi di sini aku ingin berkongsi ilmu ini dgn sahabat2 sekalian......

~.~.~.~.~



Entahlah, Inilah Usrahku

“Entahlah…”, ujarnya dengan nada yang hampa, “Ini bukanlah usrah yang pertama aku hadiri, tapi sama sahaja rasanya, hanya sekadar memberi tahu, tidak pula menimbulkan mahu.”

Itu mungkin salah satu skrip dalam drama bersiri “Inilah Usrahku”, hampir setiap minggu ditayangkan…skrip mungkin sahaja tidak berubah…serupa saja…

Pasti sahaja watak-watak dalam drama ini berasa hampa…mungkin juga kecewa…apabila setiap kali “Inilah Usrahku” habis ditayangkan…keluhan itu pasti sahaja kedengaran, “Entahlah….”

Pasti sahaja hampa dan kecewa…watak naqib lakonannya hambar…kostumnya tidak kemas…apatah lagi selalu sahaja lupa skrip…penampilannya nampak kekok sekali…

Mad’u-mad’u pulang dari menonton “Inilah Usrahku”…mengeluh lagi, “Ana bukan apa akhi…naqib ana ni tak basah lah, kering…orang kata, menyuap maklumat bukan memahamkan…”, …balas rakan si ana, “ana ingatkan ana sorang saja yang rasa macam tu, rasa macam usrah ni tak mengubah apapun…tapi entahlah akhi…”

Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…

Lafaz-lafaz Mentera

Begitulah penantian mereka…menanti kata-kata keramat dari lidah si naqib…kata-kata yang dapat menggegarkan hati…mencairkan keras jiwa…umpama lafaz-lafaz mentera penuh keajaiban…yang dapat mengubah 1001 perkara…yang jelek diperindah…yang derita digembirakan…

Setiapkali usrah, datanglah ia bersama harapan dan tanggapan ini…moga-moga diberikan petunjuk, timbullah rasa keinsafan dan kesedaran…si naqib nanti akan mengetuk hatinya dengan peringatan dan amaran Tuhan…kerana ia ingin berubah…kerana ia inginkan keajaiban kata-kata…

Pasti juga, setiapkali usrah, ia pulang hampa tidak beroleh apa yang dicita…apabila keajaiban tidak terjelma dengan kata-kata…si naqib sekali lagi penat melafazkan kalimah keramat, mentera-mentera ajaib…tetapi nampaknya tidak berkesan lagi…

Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…

Kembalilah mereka kepada kehidupan asal…kerana kata mereka, “usrah ni tak mengubah apa pun…”… Kembalilah mereka kepada rutin kebiasaan mereka di hadapan kaca TV atau di hadapan skrin computer…hampa dan kecewa…mungkin sahaja satu hari nanti, mereka sudah bosan dengan drama bersiri “Inilah Usrahku”…putus asa dan hilang percaya kepada si naqib kerana tidak mampu melafazkan mentera keramat yang mujarab kepada segala permasalahan…

Begitulah episod “Inilah Usrahku” kali ini…pasti sahaja skripnya berulang…kerana ini adalah drama bersiri…

Keajaiban yang akan Mengubah Kebiasaan

Penganut teori “Perubahan Ajaib” atau “Reformasi Mentera Keramat” pasti menanti sesuatu yang luar biasa untuk mengubah kebiasaan mereka…

Umpama keajaiban kalimah Tuhan dari langit yang diturunkan dengan penuh keajaiban kepada manusia biasa…lantas membawa arus perubahan kepada seluruh manusia…itulah keajaiban sangkaan mereka…

Kita telah mengimani kehebatan Al-Quran semenjak kita melafazkan ikrar kita kepada Tuhan…Dia lah selayaknya disembah…Dia lah sebaik-baik sembahan…

Kita juga telah mengimani kebenaran Rasulullah semenjak kita mengikat janji setia kepada kepimpinannya…

Setinggi-tinggi keimanan kita kepada kehebatan Al-Quran dan Rasulullah membuatkan kita kadangkala bertanya…Kenapa kitab sehebat ini tidak pula dapat mengubah manusia?…Adakah kata-kata rabbani tidak cukup ajaib?

Tengok sahaja di kalangan para sahabat…hanya segelintir sahaja yang benar-benar berubah kerana terpesona dengan keindahan dan kehebatan Al-Quran sepertimana yang berlaku kepada Saidina Umar…selebihnya, majoriti memeluk Islam banyak dipengaruhi faktor keperibadian Rasulullah atau juga kehebatan kuasa Islam apabila mula memenangi peperangan demi peperangan…

Adakah kita masih menanti keajaiban kata-kata?

bersambung…

di petik dari iamismail.wordpress.com

-HAJERA-

Mencari Yang Benar......


Salam ....
saban hari semakin ramai sahabat2 yg terjerumus dalam alam percintaan dunia. Ada yg menggunakan kaedah yg disyariatkan dan ada pula yg tersimpang jauh. ada yg bahagia dan ada pula yg berduka.... tetapi hakikatnya mereka adalah manusia biasa yg punya hati dan perasaan dan juga nafsu yg tak dapat untuk dikawal. Ramai sahabat2 yg sebenarnya dahagakan petunjuk, pemahaman dan teguran serta nasihat dari sahabat2 yg lain supaya memberi panduan serta mengelakkan mereka dari pergi lebih jauh lagi......saya bukanlah org yg arif pasal hal ni hanya ini yg kumampu beri kepada sahabat2.....hayatilah dan fahamilah apa yg hendak disampaikan dalam cerita ni...cerita dipetik daripada
www.iLuvislam.com
~.~.~.~.~
Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya

penyanyi: Saujana

Bertemu cinta Teragung

Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Tahu cintaNYA menerangi jiwa.Align Center

Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit

Di lembah terhina

Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta



Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA


Sekian lama

Diri terlalai

Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kadamaian abadi
~.~.~.~.~
-HAJERA-

Tuesday, November 4, 2008

HAKIKAT BAHAGIA....


Dulu
aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.

Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.


Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.

Kekasihku Allah...


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

-HAJERA-

Sunday, November 2, 2008

COMMUNITY PROJECT SK TAMAN SEGAR...

Salam.....
pada rabu lepas tanggal 29 oct 2008....
maka bermulalah satu lebaran baru dalam kehidupan sebagai students psychiatry...
kami telah membuat suatu program yg rasanya paling best n bermakna yg pernah student lain buat...
Di SK taman segar kami telah melaksanakan tugas kami tuk menyatukan 2 students (perumpamaan la...) yg berlainan mental status tuk bersatu berganding bahu tuk meraih juara dalam pertandingan yg diadakan....
dengan semangat yg ditunjukkan murid2 tu membuat kan hati kami rasa terharu dan segala sangkaan kami sebelum pergi meleset....
mereka adalah miracle yg kami tak dapat bayangkan.....
itulah keindahan ciptaan Allah, semua manusia tak sempurna, setiap manusia ada kelebihan masing2 yg Allah kurniakan keatas tiap seorang....
so bersyukurlah dan jagalah setiap kurniaan yg diberi olehNya dengan sebaiknya.....
~.~.~.~

pertandingan pun bermula .....isi air dlm botol n tiup belon..bunyi mcm biasa je tapi pendekatan yg digunakan adalah berlainan dari yg biasa....

inilah wajah2 ceria murid2 di SK taman Segar..

nilah group saya...walaupun dapat no 8 tapi tetap ceria!!......

akhir sekali kami semua melukis mural...nilah hasilnya...macam tadika nya lukisan kan.hehe....tapi ceria...ceria n ceria....dgn pink azie...

maka berakhirlah suatu program yg insyaAllah akan dikenang hingga akhir hayat....
wassalam
~.~.~.~

-HAJERA-

Sepanjang tahun ini.......

Sepanjang tahun ini .......pelbagai perkara berlaku dalam hidup ini, baik yg mengembirakan dan ada juga yg menyedihkan.....tapi itulah kehidupan... ada pasang dan surutnya juga.... hidup manusia takkan sempurna sekiranya tiada onak dan ragam yg menempuh sepanjang perjalanan.....sentiasa bersyukur dan berdoa semoga hari ini adalah hari terbaik dari semalam...dan perkara semalam dijadikan pengajaran untuk menempuh hari seterusnya......
~.~.~.~.~

bergambar kenangan di HBUK perak...

meeting community project dalam bas trip ke HBUK...hish2...

bergambar depan wad forensik.......ada mayat ke???? hmmm nak tahu tanya yg dah pi...
~.~.~.~.~
-HAJERA-


Saturday, November 1, 2008

S.A.H.A.B.A.T.K.U......


Ya ALLAH.. kiranya Rasul-MU hidup bersahabat, kurniakan jua aku sahabat, tapi..biarlah sahabat2 dari lorong2 yang membenarkan-MU seperti kebenaran As-Siddiq, biarlah sahabat dari pintu 2 ilmu-MU seperti Ali, biarlah sahabat dari kemuliaan Khadijah yang kau cipta sebagai pasangan kekasih-MU. Ya ALLAH ...kiranya semua itu tidak layak bagiku , Aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat yang satu ini ( ramai sebenarnya), mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah aku selami, mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini......


wajah keceriaan+ perut yg kenyang

kami bersatu di bawah bumbung tapi bilik lain22...

kenangan ukhwah yg tak ternilai....



UNTUKMU TEMAN

disini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawaku ke daerah yang baru
dan hidupku kini ceria

kini dengarkanlah
dendangan lagu tanda ingatanku
kepadamu teman
agar ikatan ukhuwahkan bersimpul padu
kenangan bersamamu
takkan ku lupa
walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa

mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
tuhan berikan daku kekuatan

mungkinkah kita terlupa
tuhan ada janjinya
bertemu berpisah kita
ada rahmat dan kasihNya
andai ini ujian terangilah
kamar kesabaran
pergilah gelita hadirlah cahaya


-Hajera-